Monday, 4 June 2012

Skema Sains Sukan STPM Kertas 2 - Bahagian A



BAHAGIAN A [Struktur]
[40 markah]

SOALAN  1  

1.         (a) Nyatakan empat konsep utama dalam Pengurusan Sukan.                [2 markah]

Ø  Autoriti
o    Sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk bertindak.
Ø  Kuasa
o    Keupayaan untuk mengarah dan mengawal.
Ø  Karisma
o    Keupayaan merancang dan melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Ø  Penurunan Kuasa (delegation)
o    Memberi autoriti kepada orang lain.
Ø  Tanggungjawab
o    Kesanggupan untuk menjalankan tugas.
Ø  Akauntabiliti
o    Melakukan tugas dengan jayanya.

b) Berikan definisi ‘Kemahiran Berkomunikasi’ dalam konteks Pengurusan Sukan.           [3 markah]

Ø  Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan.


SOALAN 2

            (a) Nyatakan definisi motivasi dengan tepat.                                                               [1 markah]

Wann (1977), mendefinisikan motivasi sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini.

                (b) Nyatakan jenis jenis motivasi dan berikan contoh dalam konteks aktiviti sukan.                                                                                                                                                         [4 markah]

Intrinsik :               keinginan untuk memperbaiki pencapaian individu, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana fakor keseronokan.

Ekstrinsik              :               keinginan untuk mendapatkan ganjaran dan penghormatan. 

SOALAN 3

a)       Berikan definisi kebangkitan (aurosal) dan kebimbangan (anxiety) dengan tepat.

       Cox (1998), mendefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokan yang terlampau.
       Cratty (1989), pula mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual, atau perseptual.

       Wann (1997),mendefinisikan kebimbangan sebagai interprestasi yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh individu.
       Iso Ahola dan Hatfield (1986), menjelaskan kebimbangan merupakan gabungan antara kesan fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh individu terhadap satu situasi.
b)  Senaraikan fasa-fasa yang terlibat dalam pembentukan sesebuah pasukan.  [2 markah]

       Pembentukan (forming)
       Perbalahan (storming).
       Pembentukan Norma (norming)
       Fasa Persembahan (perfoming)
        
            (c) Nyatakan berkenaan dengan ‘distress’.

 Stres yang diklasifikasikan sebagai stres yang negatif.
Dalam konteks ini, individu merasakan tidak mampu menhadapi tekanan atau bebanan yan dihadapi dalam persekitaran. Persepsi ini, boleh menjejaskan prestasi atlet dan menimbulkan kesan negatif.

SOALAN 4

a) Senaraikan Kesan Latihan yang dihadapi oleh atlet selepas melakukan aktiviti fizikal.                [2 markah]

(a) Kesan:
§  Adaptasi (Adaptation)
§  Kompensasi (Compensation)
§  Pulihan (Recovery)
§  (Memahami kesan latihan terhadap adaptasi, kompensasi dan puliah
§  Memahami pengaruh jantina, tahap kecergasan dan gentik terhadap latihan)

b) Nyatakan perubahan yang berlaku kepada fisiologi atlet selepas melakukan proses adaptasi terhadap latihan.                                                                                                                                    [3 markah]
(b) Adaptasi terhadap latihan:
n  Jenis gentian otot
n  Pembekalan kapilari
n  Kandungan mioglobin
n  Kandungan mitokondria
n  Enzim oksidatif





















SOALAN 5

Dalam aktiviti otot, berlaku beberapa jenis penguncupan. Antaranya ialah :

Penguncupan Isotonik, Isometrik dan Isokinetik                                                                                

       Penguncupan otot boleh diklasifikasikan sebagai isotonik atau isometrik berdasarkan kepada corak ketegangannya dan perubahan didalam bentuk keseluruhannya.
       Dalam penguncupan isotonik (dinamik atau konsentrik), ketegangan meningkat ke suatu tahap dan ia dikekalkan sehingga ke fasa relaksasi.
       Semasa penguncupan ini, otot memendek semasa ketegangan kekal selepas mencapai sesuatu tahap.
       Mengangkat sesuatu objek, berlari dan berjalan melibatkan penguncupan isotonik.
       Dalam penguncupan isometrik (panjang otot yang sama), ketegangan dalam otot semakin meningkat tetapi panjang otot tidak berubah secara keseluruhan.
       Menolak pada dinding, cuba mengangkat sesuatu objek berat adalah cth penguncupan isometrik.
       Isokinetik terhasil apabila pergerakan senaman isotonik yang menyebabkan tentangan yang diberikan akan bertambah apabila usaha dilebihkan.
       Gerakan ini selalu dihasilkan apabila menggunakan alatan khas.
       Alatan yang biasa digunakan adalah seperti mesin ‘cybex’.
       Mesin ini membenarkan beban sarat yang maksima kepada otot yang tertentu serta melalui bidang gerakan yang penuh.


SOALAN 6
a. Terangkan maksud sosialisasi ke dalam sukan                                                                                        2m
Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan.


b. Kesan positif penglibatan individu dalam sukan.                   
       Pembentukan watak                                                                                                                          1m
       Imej kendiri yang positif                                                                                                                    1m
       Kualiti kepimpinan                                                                                                                             1m
       Semangat patriotisme                                                                                                                        1m
       Semangat setiakawan dan berpasukan                                                                                          1m
       Kesihatan                                                                                                                                              1m

SOALAN 7

a. Maksud stratifikasi sosial.                                                                                                                             2m
‘Stratifikasi’ bermaksud pembahagian pembahagian masyarakat atau kelas yang berlainan atau susun lapis masyarakat.

b. Faktor mengapa wujudnya stratifikasi di dalam sukan.                                                       
       Taraf permainan                                                                                                                                 1m
       Ganjaran tidak selaras                                                                                                                       1m
       Penajaan                                                                                                                                               1m
       Infrastruktur / Kelengkapan                                                                                                             1m
       Organisasi                                                                                                                                             1m
       Penerimaan dan mentality  masyarakat.                                                                                       1m


SOALAN 8

a)      Perancangan            
Pengendalian
Kakitangan
Pengarahan
Koordinasi
Pelaporan
Belanjawan

(pilih antara jawapan diatas)

b)       Perancangan
Ø  Berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan pertimbangan dengan baik.
Ø  Perancangan menitikberatkan ‘apa’, ‘di mana’, ‘bagaimana’, ‘bila’, dan ‘siapa’.
Ø  Langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan matlamat organisasi bagi menentukan objektif program dengan cara teratur dan bersedia menerima sebarang kemungkinan jika objektif tidak diterima oleh organisas.

Pengendalian
Ø  Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.
Ø  Objektif dan program sesebuah organisasi iu disediakan maka pihak pengurusan membentuk dan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat melaksanakan program tersebut.
Ø  Pembahagian kerja ini berkait rapat dengan kecekapan untuk menggunakan tenaga manusia dan sumber sumber lain yang terhad.

Kakitangan
Ø  Pengambilan pekerja mengikut keperluan.
Ø  Kakitangan yang bekerja adalah personel yang sesuai dan layak untuk organisasi.
Ø  Pemilihan individu untuk sesuatu jawatan alam organisasi hendaklah lebih sesuai dengan kemampuan yang ada pada individu tersebut.

Pengarahan
Ø  Bimbingan yang disediakan dan proses membuat keputusan.
Ø  Arahan memerlukan tindakan. Ia melibatkan bentuk tindakan yang perli diambil, bila perlu mula dan berhenti.
Ø  Fungsi arahan dalam pengurusan adalah membimbing, tunjukajar dan mengawasi ahli2.
Ø  Pengurus harus bertanggungjawab untuk mendidik dan memajukan staf untuk menjadi lebih produktif dan berkesan

Koordinasi
Ø  Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam penyelesaian masalah.
Ø  Organisasi yang bersaiz besar,akan menimbulkan masalah koordinasi.
Ø  Individu yang berada dalam jabatan atau organisasi yang kecil adalah lebih mudah segala urusan.
Ø  Koordinasi amat penting bagi kelancaran tugasan yang diarahkan.

Pelaporan
Ø  Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang yang bertanggungjawab.
Ø  Pentadbiran bukan sahaja meliputi pegawai atasan malah keseluruhan pekerja juga harus dijaga.
Ø  Ia harus membuat pelaporan dalam semua aspek kepada pegawai atasan dan kepada pekerjanya.
Ø  Kemampuan membuat pelaporan yang tepat akan membantu melancarkan keberkesanan pentadbiran.

Belanjawan
Ø  Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti organisasi.
Ø  Ia melibatkan perancangan kewangan untuk mencapai keperluan program dan mengekalkan rekod bajet serta memantau sistem perakaunan.
Ø  Ia merupakan satu dokumen yang menyatakan perancangan kewangan yang menerangkan cara mana duit dibelanjakan.
Ø  Belanjawan merupakan kenyataan sumber kewangan formal diperuntukan bagi perlaksanaan aktiviti yang telah dikenalpasti untuk jangka masa tertentu

(Pilih 2 daripada jawapan diatas)


Skema Sains Sukan STPM - Kertas 2 Bahagian B



BAHAGIAN B [Esei]
[60 markah]
SOALAN 9

a)       Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan.
b)       Menyediakan belanjawan
·         Merancang jadual pertandingan
·         Merancang dan menyelia latihan
·         Mengurus pejabat
·         Menilai program dan aspek keselamatan

 c)    Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea, dan memahami organisasi secara keseluruhan.

SOALAN 10
a)           
                JAWATAN KUASA GURU SMK BUKIT BARU
KEJOHANAN RAGBI PERINGKAT MSS MELAKA 2008

TARIKH                  :               25 Julai 2008
MASA                     :               8.00pg – 4.30ptg

PENASIHAT           :               PN MAINON BT ABD WAHID
PENGERUSI            :               EN NG CHIN          
N/PENGERUSI 1     :               TN HJ NOH B ADNAN
N/PENGERUSI 2     :               PN HJH ZALEHA BT AHMAD
SETIAUSAHA         :               EN ARAVINA ASLA B YAACOB
PENYELARAS        :               EN KHAIRUDDIN B ABD AZIZ

JK SAMBUTAN / PROTOKOL                                  JK HADIAH & CENDERAMATA
EN RAMLAN B HASSAN                                       PN  ZAINI BT NASIR
TN HJ ZAABA B ABDULL                                     PN HAN GIOK CHIN

JK PERSIAPAN TEMPAT (ASTAKA)                       JK JAMUAN
EN PARAMASIVAM A/L RAMAN                         PN HJH AZLAH BT ABDULLAH
EN AZIZI B ALIAS                                                 PN NIRMALA  PATRICK M. RAJ

JK SIARAYA
EN YAP YOON KIM

JK KESELAMATAN & DISIPLIN
EN GAN CHENG TEN
EN WONG KEAH KEE

JK BUKU PROGRAM & BROSUR
CIK SHARIZA BT ISAHAK

JK PERAKAM PERISTIWA
EN ROBERT TEE SON CHAI
EN MUSTAFA B MOHD NOOR

JK TEKS UCAPAN
PN NORINA BT WAHAB (PERASMI)
EN SHAMSHUL BAHARI B KADIR (PENGETUA)

JK KEBERSIHAN & KECERIAAN
PN. TEH YING TING
PN ZAITON SABDIN

JK PENGACARA MAJLIS
EN WAN CHIK B WAN TAHA
PN NOR ASHIKIN BT ABDULLAH

Disediakan oleh                                                                                       Disemak oleh

b)
Ø  Laissez – faire
    • Tidak berminat dengan urusan kerja dan hasilnya.
    • Pemimpin membenarkan pengikut untuk membuat semua keputusan atau menjalankan apa sahaja aktiviti organisasi.
    • Pemimpin tidak berminat untuk memegang tanggungjawab atau menggunakan kuasa yang ada pada pemimpin tersebut.
    • Komunikasi secara horizontal.

Sesuai digunakan sekiranya
·         Pengikut merupakan golongan profesional yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. (R&D)
·         Penekanan organisasi kepada kreativiti dan inovasi.

Kelemahan
·         Mengalakkan konflik di antara pengikut dan kemungkinan berlakunya anarki (huru hara)
·         Pengikut tidak mempunyai arah tuju.

Ø  Autokratik
·         Mementingkan pelaksanaan tugas.
·         Menggunakan sumber kuasa formal.
·         Membuat keputusan,mengeluarkan arahan dan memastikan arahan dipatuhi.
·         Pemimpin berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggungjawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi.
·         Berkomunikasi secara sehala

Sesuai digunakan sekiranya
·         Keadaan darurat dimana keputusan atau penyelesaian masalah perlu dibuat dengan cepat.
·         Pengikut mempunyai tahap kemahiran atau pendidikan yang rendah.
·         Penglibatan pengikut tidak penting dalam perlaksanaan sesuatu keputusan.
·         Pemimpin mempunyai pengetahuan dan maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

Kelemahan
·         Mewujudkan suasana kerja yang negatif. (fear and frustration)
·         Menimbulkan ketidakpuasan kerja.
·         Mengalakkan pertukaran kerja (job turn over) dan ponteng (job absenteeisn)

SOALAN 11

            Terangkan mengenai Proses Pernafasan :
i)                     Inspirasi                                                                                                 [5 markah]
ii)                   Ekspirasi                                                                                                [5 markah]
iii)                  Pergerakan Respiratori                                                                       [5 markah]

Inspirasi        
  • Ada 2 kumpulan otot interkostal luaran an interkostal dalaman.
  • Fiber otot melintangi antara satu sama lain pada sudut 90’c.
  • Semasa sedutan, tulang tulang rusuk terangkat ke atas dan terkeluar.
  • Ini menyebabkan peningkatan isipadu kaviti torasik.
  • Tekanan persekitaran lebih tinggi juga menyebabkan udara meluru masuk sebagai inspirasi.  





Ekspirasi
  • Ia adalah proses pasif, semua otot interkostal dan diafram adalah dalam keadaan rehat.
  • Tulang rusuk bergerak kebawah, dan diafram bergerak keatas.
  • Tindakan ini akan bergabung dengan pengucupan yang rehat, otot2 respiratori, paru2 yang rehat, ruang antara kaviti torasik berkurangan.
  • Ini akan meningkatkan tekanan dalaman.
  • Ia kan menolak udara keluar dari paru2 dan menghasilkan hembusan.

Pergerakan Respiratori
  • Pergerakan tulang akan membuat pergerakan respiratori.
  • Gabungan sedutan dan hembusan dikira sebagai satu pergerakan respiratori.
  • Kadar pernafasan normal bagi dewasa ialah 14-20 hafas/min.
  • Kadar respiratori boleh ditingkatkan oleh aktiviti otot dan meningkatkan suhu badan.
  • Wanita mempunyai kadar pernafasan yang tinggi iaitu 16-20 nafas/min.
  • Umur juga boleh mempengaruhi kadar respiratori.

SOALAN 12

Injap
Kedudukan
Fungsi
Triskuspid
Di antara atrium kanan dan vebtrikal kiri
Menghalang darah di ventrikal kanan daripada mengalir ke dalam atrium kanan ketika pengecutan ventrikal
Semilunanr pulmonari
Depan batang pulmonari
Menghalang pengaliran semula darah daripada batang pulmonari ke dalam ventrikal kanan ketika ventrikan rehat
Biskupid
Di antara atrium kiri dan ventrikal kiri
Menghalang pengaliran semula darah daripada ventrikal kiri ke dalam ventrikal kiri ketika pengecutan ventrikal
Semilunar aortik
Depan dinding aorta
Menghalang pengaliran semula darah daripada aorta ke dalam ventrikal kiri ketika ventrikal rehat
Triskuspid
Di antara atrium kanan dan vebtrikal kiri
Menghalang darah di ventrikal kanan daripada mengalir ke dalam atrium kanan ketika pengecutan ventrikal


SOALAN 13
            Huraikan perkara berikut dengan jelas.
i.                     Keagresifan ‘hostile’                                                                                   [5 marka               h]                           
ii.                    Faktor penyebab berlakunya keagresifan tersebut.                                             [5 markah]
iii.                  Kesan terhadap individu dalam aktiviti sukan.                                    [5 markah]

i)
·         KK merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain serta niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan atau cedera, ganjarannya adalah dengan melihatnya cedera dengan tindakan tersebut.
·         Contohnya dalam permainan bola sepak iaitu berlakunya tindakbalas dari pemain yang diasak dengan kasar tanpa sebarang hukuman pengadil kemudian membalas dengan tumbukan atau sepakan.

ii)
·         Kebangkitan Fisiologi
·         Persepsi Individu
·         Perbezaan Mata / Jaringan
·         Lokasi Perlawanan
·         Keputusan Pertandingan
·         Penggunaan Dadah

iii)

  • Dalam sukan agak sukar untuk mengurangkan atau menghapuskan sifat agresif.
  • Ini kerana setiap pasukan atau atlet yang terlibat mempunyai matlamat tersendiri dalam acara sukan.
  • Antara kesan – kesan yang boleh dilihat kepada individu ialah :
    • Mengalakan sifat agresif dalam permainan dan menjadi role model kepada atlet lain.
  • Menjadikan sikap agresif ini sebagai taktikal pasukan setiap kali menghadapi perlawanan.
  • Akan wujud jurulatih yang mengalakkan sikap agresif ini diterapkan dalam taktikal permainan.
  • Ini akan menjadi lebih buruk jika liputan media berat sebelah

SOALAN 14

l  Kawalan Pernafasan
¡  Teknik ini amat penting untuk dipraktikan dalam sesuatu permainan.
¡  Ia adalah teknik yang amat berkesan serta yang paling mudah untuk mengurangkan kebimbangan dan tekanan otot.
¡  Keadaan ini amat penting kerana jika atlet berada dalam keadaan tenang mereka akan dapat menumpukan kepada permainan dengan berkesan, ini berbeza jika atlet berada dalam keadaan tertekan tumpuan mereka akan terjejas.

l  Progressive Muscular Relaxation (PMR)
¡  Teknik ini juga dikenali sebagai teknik rehat secara prograsif dalam proses mengurangkan kebimbangan somatik.
¡  Ia biasanya digunakan bagi megurangkan kawalan perasaan secara psikologikal yang berkait rapat dengan peningkatan kebimbangan somatik.
¡  Teknik ini diasaskan oleh Edmund Jacobson (1938),yang menjelaskan bahawa ketegangan serta kegugupan tidak mungkin wujud dalam diri individu yang otot-ototnya berehat.
¡  Beliau menjelaskan ketegangan dan kegugupan otot involuntari boleh dikurangkan jika otot rangka yang lain direhatkan. Jacobson mengatakan bahawa minda yang resah dan bercelaru tidak wujud dalam badan yang tenang dan relaks.

l  Latihan Autogenik
¡  Ia hampir sama dengan PMR kerana kedua-duanya menghasilkan respons relaksasi pada otot.
¡  Perbezaannya hanyalah fokus prosedur relaksasi itu sendiri.
¡  Prosedur ini dihasilkan oleh Johannes Schultz (1959), yang menggunakannya dengan pesakit yang dihipnosis.
¡  Pesakit akan melaporkan keadaan mereka selepas menjalani proses ini dan rasa relaks itu akan diikuti dengan kehangatan dan berat pada otot badan yang relaks.

l  Imageri
¡  Ia juga dikenali sebagai istirehat pemikiran.
¡  Istirehat secara saintifik yang dikenali sebagai tindakbalas istirehat dipopularkan oleh Herbert Benson (1974).
¡  Ia menggunakan elemen meditasi tetapi mengenepikan sebarang aktiviti yang berbentuk keagamaan.
¡  Ia digunakan sebagai asas persediaan mental untuk menghadapi sebarang pertandingan.

l  Penetapan Matlamat
¡  Merupakan cara yang sesuai untuk menaikan semangat atau tahap kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan.
¡  Matlamat yang realistik dan berkesan perlu disasarkan untk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet berkenaan.
¡  Matlamat yang bersifat pencapaian harus dielakkan, sebaliknya perlu kepada matlamat yang berorentasikan proses atau pencapaian terbaik atlet tersebut.
SOALAN 15

(a) (i) SOSIALISASI KE DALAM SUKAN                                                                                        [5 markah]
Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan.
Agen-agen sosialisasi
a.       Keluarga
b.       Rakan-rakan
c.        Masyarakat
d.       Media massa

Selain agen sosialisasi, turut mempengaruhi penglibatan individu ke dalam sukan ialah
·         Kemudahan sukan sedia ada
·         Kerjaya
·         Pengalaman @ kejayaan lepas dalam sukan.

Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk
§  Sikap
§  Nilai
§  Perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi

              
 (ii) SOSIALISASI MENERUSI SUKAN                                                                                           [5 markah]
Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi.
Elemen-elemen dalam sukan yang membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu :
§  Semangat kesukanan
§  Bekerjasama
§  Kepimpinan
§  Toleransi
§  Berdisiplin
§  Hormat-menghormati
§  Akur kepada peraturan dan undang-undang

(b)  Huraian mengikut Kesesuaian Isi yang difikirkan munasabah oleh Pemeriksa

SOALAN 16

            Sukan dominan sememangnya wujud dalam negara kita. Terangkan berkenaan  
            sukan tersebut dari sudut :

            i.  Punca                                    
ii.             Implikasi                              
iii.            Langkah Mengatasi                                                                                            [15 markah]

Punca                                                                                                                                             [5 markah]
  • Penempatan / Persekitaran
  • Pergaulan / Interaksi
  • Minat
  • Sejarah / Latar belakang / Tradisi
  • Taraf hidup
  • Kemudahan
  • Pengaruh masyarakat setempat




Implikasi                                                                                                                                       [5 markah]
  • Perkauman
  • Berpuak-puak
  • Sukan tidak berkembang
  • Integrasi nasional tidak tercapai
  • Tiada perpaduan
  • Tiada peningkatan dalam sukan tersebut
  • Perpaduan tidak tercapai
  • Hanya terhad permainan tersebut sahaja


Langkah mengatasi                                                                                                                            [5 markah]
  • Adakan kempen
  • Kembangkan konsep sukan untuk semua
  • Wujudkan sukan komuniti
  • Wajibkan penyertaan dari pelbagai kaum dalam pertandingan
  • Galakan dari kerajaan
  • Memupuk minat melalui PJ dari peringkat sekolah

Mana-mana jawapan yang sesuai adalah diterima berdasarkan pertimbangan pemeriksa.