Monday 4 June 2012

Skema Sains Sukan STPM Kertas 2 - Bahagian A



BAHAGIAN A [Struktur]
[40 markah]

SOALAN  1  

1.         (a) Nyatakan empat konsep utama dalam Pengurusan Sukan.                [2 markah]

Ø  Autoriti
o    Sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk bertindak.
Ø  Kuasa
o    Keupayaan untuk mengarah dan mengawal.
Ø  Karisma
o    Keupayaan merancang dan melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Ø  Penurunan Kuasa (delegation)
o    Memberi autoriti kepada orang lain.
Ø  Tanggungjawab
o    Kesanggupan untuk menjalankan tugas.
Ø  Akauntabiliti
o    Melakukan tugas dengan jayanya.

b) Berikan definisi ‘Kemahiran Berkomunikasi’ dalam konteks Pengurusan Sukan.           [3 markah]

Ø  Mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan.


SOALAN 2

            (a) Nyatakan definisi motivasi dengan tepat.                                                               [1 markah]

Wann (1977), mendefinisikan motivasi sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini.

                (b) Nyatakan jenis jenis motivasi dan berikan contoh dalam konteks aktiviti sukan.                                                                                                                                                         [4 markah]

Intrinsik :               keinginan untuk memperbaiki pencapaian individu, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana fakor keseronokan.

Ekstrinsik              :               keinginan untuk mendapatkan ganjaran dan penghormatan. 

SOALAN 3

a)       Berikan definisi kebangkitan (aurosal) dan kebimbangan (anxiety) dengan tepat.

       Cox (1998), mendefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokan yang terlampau.
       Cratty (1989), pula mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual, atau perseptual.

       Wann (1997),mendefinisikan kebimbangan sebagai interprestasi yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh individu.
       Iso Ahola dan Hatfield (1986), menjelaskan kebimbangan merupakan gabungan antara kesan fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh individu terhadap satu situasi.
b)  Senaraikan fasa-fasa yang terlibat dalam pembentukan sesebuah pasukan.  [2 markah]

       Pembentukan (forming)
       Perbalahan (storming).
       Pembentukan Norma (norming)
       Fasa Persembahan (perfoming)
        
            (c) Nyatakan berkenaan dengan ‘distress’.

 Stres yang diklasifikasikan sebagai stres yang negatif.
Dalam konteks ini, individu merasakan tidak mampu menhadapi tekanan atau bebanan yan dihadapi dalam persekitaran. Persepsi ini, boleh menjejaskan prestasi atlet dan menimbulkan kesan negatif.

SOALAN 4

a) Senaraikan Kesan Latihan yang dihadapi oleh atlet selepas melakukan aktiviti fizikal.                [2 markah]

(a) Kesan:
§  Adaptasi (Adaptation)
§  Kompensasi (Compensation)
§  Pulihan (Recovery)
§  (Memahami kesan latihan terhadap adaptasi, kompensasi dan puliah
§  Memahami pengaruh jantina, tahap kecergasan dan gentik terhadap latihan)

b) Nyatakan perubahan yang berlaku kepada fisiologi atlet selepas melakukan proses adaptasi terhadap latihan.                                                                                                                                    [3 markah]
(b) Adaptasi terhadap latihan:
n  Jenis gentian otot
n  Pembekalan kapilari
n  Kandungan mioglobin
n  Kandungan mitokondria
n  Enzim oksidatif





















SOALAN 5

Dalam aktiviti otot, berlaku beberapa jenis penguncupan. Antaranya ialah :

Penguncupan Isotonik, Isometrik dan Isokinetik                                                                                

       Penguncupan otot boleh diklasifikasikan sebagai isotonik atau isometrik berdasarkan kepada corak ketegangannya dan perubahan didalam bentuk keseluruhannya.
       Dalam penguncupan isotonik (dinamik atau konsentrik), ketegangan meningkat ke suatu tahap dan ia dikekalkan sehingga ke fasa relaksasi.
       Semasa penguncupan ini, otot memendek semasa ketegangan kekal selepas mencapai sesuatu tahap.
       Mengangkat sesuatu objek, berlari dan berjalan melibatkan penguncupan isotonik.
       Dalam penguncupan isometrik (panjang otot yang sama), ketegangan dalam otot semakin meningkat tetapi panjang otot tidak berubah secara keseluruhan.
       Menolak pada dinding, cuba mengangkat sesuatu objek berat adalah cth penguncupan isometrik.
       Isokinetik terhasil apabila pergerakan senaman isotonik yang menyebabkan tentangan yang diberikan akan bertambah apabila usaha dilebihkan.
       Gerakan ini selalu dihasilkan apabila menggunakan alatan khas.
       Alatan yang biasa digunakan adalah seperti mesin ‘cybex’.
       Mesin ini membenarkan beban sarat yang maksima kepada otot yang tertentu serta melalui bidang gerakan yang penuh.


SOALAN 6
a. Terangkan maksud sosialisasi ke dalam sukan                                                                                        2m
Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan.


b. Kesan positif penglibatan individu dalam sukan.                   
       Pembentukan watak                                                                                                                          1m
       Imej kendiri yang positif                                                                                                                    1m
       Kualiti kepimpinan                                                                                                                             1m
       Semangat patriotisme                                                                                                                        1m
       Semangat setiakawan dan berpasukan                                                                                          1m
       Kesihatan                                                                                                                                              1m

SOALAN 7

a. Maksud stratifikasi sosial.                                                                                                                             2m
‘Stratifikasi’ bermaksud pembahagian pembahagian masyarakat atau kelas yang berlainan atau susun lapis masyarakat.

b. Faktor mengapa wujudnya stratifikasi di dalam sukan.                                                       
       Taraf permainan                                                                                                                                 1m
       Ganjaran tidak selaras                                                                                                                       1m
       Penajaan                                                                                                                                               1m
       Infrastruktur / Kelengkapan                                                                                                             1m
       Organisasi                                                                                                                                             1m
       Penerimaan dan mentality  masyarakat.                                                                                       1m


SOALAN 8

a)      Perancangan            
Pengendalian
Kakitangan
Pengarahan
Koordinasi
Pelaporan
Belanjawan

(pilih antara jawapan diatas)

b)       Perancangan
Ø  Berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan melakukan pertimbangan dengan baik.
Ø  Perancangan menitikberatkan ‘apa’, ‘di mana’, ‘bagaimana’, ‘bila’, dan ‘siapa’.
Ø  Langkah awal perancangan, hendaklah melibatkan matlamat organisasi bagi menentukan objektif program dengan cara teratur dan bersedia menerima sebarang kemungkinan jika objektif tidak diterima oleh organisas.

Pengendalian
Ø  Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.
Ø  Objektif dan program sesebuah organisasi iu disediakan maka pihak pengurusan membentuk dan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat melaksanakan program tersebut.
Ø  Pembahagian kerja ini berkait rapat dengan kecekapan untuk menggunakan tenaga manusia dan sumber sumber lain yang terhad.

Kakitangan
Ø  Pengambilan pekerja mengikut keperluan.
Ø  Kakitangan yang bekerja adalah personel yang sesuai dan layak untuk organisasi.
Ø  Pemilihan individu untuk sesuatu jawatan alam organisasi hendaklah lebih sesuai dengan kemampuan yang ada pada individu tersebut.

Pengarahan
Ø  Bimbingan yang disediakan dan proses membuat keputusan.
Ø  Arahan memerlukan tindakan. Ia melibatkan bentuk tindakan yang perli diambil, bila perlu mula dan berhenti.
Ø  Fungsi arahan dalam pengurusan adalah membimbing, tunjukajar dan mengawasi ahli2.
Ø  Pengurus harus bertanggungjawab untuk mendidik dan memajukan staf untuk menjadi lebih produktif dan berkesan

Koordinasi
Ø  Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam penyelesaian masalah.
Ø  Organisasi yang bersaiz besar,akan menimbulkan masalah koordinasi.
Ø  Individu yang berada dalam jabatan atau organisasi yang kecil adalah lebih mudah segala urusan.
Ø  Koordinasi amat penting bagi kelancaran tugasan yang diarahkan.

Pelaporan
Ø  Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang yang bertanggungjawab.
Ø  Pentadbiran bukan sahaja meliputi pegawai atasan malah keseluruhan pekerja juga harus dijaga.
Ø  Ia harus membuat pelaporan dalam semua aspek kepada pegawai atasan dan kepada pekerjanya.
Ø  Kemampuan membuat pelaporan yang tepat akan membantu melancarkan keberkesanan pentadbiran.

Belanjawan
Ø  Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti organisasi.
Ø  Ia melibatkan perancangan kewangan untuk mencapai keperluan program dan mengekalkan rekod bajet serta memantau sistem perakaunan.
Ø  Ia merupakan satu dokumen yang menyatakan perancangan kewangan yang menerangkan cara mana duit dibelanjakan.
Ø  Belanjawan merupakan kenyataan sumber kewangan formal diperuntukan bagi perlaksanaan aktiviti yang telah dikenalpasti untuk jangka masa tertentu

(Pilih 2 daripada jawapan diatas)


No comments:

Post a Comment